Masa kecik kecik dulu atuk sedara sebelah mak panggil aku 'Amalina Dangdut' sebab nama belakang aku Amanina. Hahaha pun boleh lah tok ngah xD Aku dilahirkan di kampung halaman mak aku, Padang Sera Kedah Darul Aman. Aku tak sempat nak merasa tinggal di suasana kampung, sebab kami sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur semasa aku berumur 11 bulan. Aku antara cucu kesayangan nenek sebelah ayah sebab nenek aku hanya mempunyai 3 orang cucu tinoo, yg lain semua jantenn hehehe :P Memang seronok lah dapat dimanjakan. Minta apa dari nenek semua dapat. Tapi...... Allah lebih sayangkannya, arwah telah meninggalkan kami semua semasa umur aku 9 atau 10 tahun, tak berapa ingat lah. Rindu sangat dengan arwah, kadang kadang sampai termimpikan arwah, hmm. Arwah atuk pula aku tak pernah jumpa dan kenal dengannya, arwah telah meninggal dunia semasa kakak aku dilahirkan. Aku hanya ada atuk dan nenek sebelah mak jea sekarang. Al-Fatihah kepada mereka :'(
Tahun 2013, aku telah sambut hari lahir yg ke 16. Cepat masa berlalu kan ? Alhamdulillah aku masih bernafas sampai sekarang, Dah besar dah aku, dan umur pun makin pendek :') And for my birthday, my Boo gave me a pink Teddy Bear and brooch nama dia. Cantik sangat ! Thanks a lot sayang, loveyou :* My friend Azra Azwa was gave me a ring, thanks babe. And my mum gave me a leopard skirt and a bag, thats really cute. Thanks mum ! Okay, aku adalah anak yg paling degil dalam keluarga, biasalah anak bongsu kan :) Aku ada 4 orang adik beradik. First, Mohammad Amir Syazwan, Mohammad Amirul Redhzuan and my sister Nur Izzati Syazwani. Cantik kan adik beradik kami ? 2 lelaki dan 2 perempuan :) Alhamdulillah mak ayah dan adik beradik masih ada di dunia niy di samping aku sama ada susah atau senang. Tak boleh bayangkan macam mana hidup aku tanpa mereka semua. Orang selalu panggil aku anak mak sebab nk pergi mana mana mesti di temani oleh mak dan duduk celah ketiak mak :P Aku takesah sebab aku memang anak mak takan anak lembu pulak kot ? Muehehe. Aku mengaku yg aku memang anak manja, anak bongsu pulak kan ? Tapi aku manja dgn mak ayah aku, bukan mak ayah korang kan. Bagi aku biarlah jadi anak manja jangan jadi anak derhaka. Selagi mereka masih hidup hargailah mereka, sentiasa ada di samping mereka sebelum mereka pergi. Ajal maut hanya Allah sahaja yg tahu.
Sincerely,
Syahirah Amanina :)
No comments:
Post a Comment